Saturday, 21 February 2015


Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri dan inilah syarat utama untuk berjaya dalam hidup.

Jadi, jangan risau kalau kita tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga.

Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau kita miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada dalam diri.



-nj

Tuesday, 3 February 2015



Setiap perkara yang menyentakkan kita daripada lamunan, menuntut kita segera bertaubat kepada-Nya. Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang. 

Walau kata maaf sukar dilafaz sesama manusia, ringankan anggota untuk bermaafan kepada Yang Esa.