Wednesday, 24 December 2014



TUHAN,
Saat aku menyukai seorang teman,
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir,
Sehingga aku tetap bersama yang Tak Pernah Berakhir.

TUHAN, 
Ketika aku merindui seorang kekasih,
Rindukanlah aku kepada yang rindu cinta sejati-Mu,
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi.

TUHAN,
Jika aku hendak mencintai seseorang,
Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu,
Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu.

TUHAN,
Ketika aku sedang jatuh cinta,
Jagalah cinta itu,
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

TUHAN, 
Ketika aku ucap aku cinta padaMu,
Berilah ku katakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu,
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu.




sebagaimana orang yang bijak pandai berucap,
mencintai seseorang itu bukanlah apa-apa,
dicintai seseorang itu adalah sesuatu,
dicintai oleh yang kau cintai sangatlah bererti,
tapi,
dicintai oleh Sang Pencinta adalah,
segalanya.....

-nj

No comments:

Post a Comment